Ketawa pelengkap motivasi

Seperti masakan gulai tidak akan lengkap tanpa garam, seperti pasangan suami isteri yang tidak lengkap jika tidak bergurau senda manja, seperti minuman tidak akan sedap jika tidak dicampur gula. Begitu juga apabila kita ketawa dalam kehidupan seharian, maka ia secara tidak langsung dikatakan akan melengkapkan motivasi kerjaya seseorang usahawan. Percaya atau tidak,ketawa manja bersama kekasih hati adalah salah satu mekanisme yang sungguh unik dalam kehidupan kita seharian.Oh!  😀

Jika kita selalu senyum dan ketawa akan senantiasa seperti muda seperti yang sering diperkatakan oleh orang ramai, dan ia betul-betul adalah teori yang benar kerana apabila kita sentiasa senyum, ia menjadikan urat-urat di muka akan longgar berbanding orang yang sering muram masam mencuka maka urat-urat di muka akan mengecut. Itulah sebabnya kita boleh lihat 2 individu berbeza yang mempunyai umur yang sama tetapi mempunyai raut wajah yang berlainan tidak seperti usianya.

Ketawa juga boleh menjadi terapi sampingan penyakit-penyakit kronik.Mungkin disebabkan kita sentiasa berduka lara akibat putus cinta sakit itu, minda akan sentiasa menggambarkan kesakitan dan ini menyumbangkan kepada tahap penderitaan tersebut. Sama juga jika anda asyik berduka lara akibat ditinggalkan kekasih hati tersayang kegagalan / cabaran / halangan dalam kerjaya usahawan, maka secara tidak langsung akan menyumbangkan kepada penurunan produktiviti perniagaan anda.

Mulakan hari ini dengan senyuman, ketawa bersama kekasih hati anda rakan anda. Gurauan manja juga merapatkan hubungan dalam rumah tangga pasukan perniagaan anda. Tetapi awasi kata-kata dan tingkah-laku kerana gurauan yang melampau boleh membawa padah.Tonton filem komedi atau membaca komik berunsur komedi mungkin akan menambahkan keceriaan dan senyuman anda. Jika merasa duka hari ini, pandang diri di cermin dan senyum sepuas-puas hati.Ops,pastikan tiada manusia-manusia di sekeliling anda dahulu kerana ini mungkin akan mengundang kontroversi nanti.Kalau berani,cubalah!  😉

P/s : Saya ketawa kecil lagak seorang bayi kecil yang manja dan comel apabila membaca blog ini dan ini dan ini.Silalah melawat jika mempunyai kelapangan untuk menghilangkan stress anda.Huha!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 11, 2009.

12 Responses to “Ketawa pelengkap motivasi”

  1. hahahahahahahaaaa!!!!
    mwakakakka!!!

  2. >> sngl

    Adesh
    Ni sngguh mngundang konspiransi
    Shhh shh
    Snyap skit
    Pperiksaan sdg djalankan
    Hua2
    😛

  3. Itu bayi prmpuan@lelaki?

  4. >> Aemy

    Ntah
    Bayi pondan kot
    Hak2
    😛

  5. saya stuju!!! laugh is da best medicine0_o hohoho…ceria2 lah slalu yew…mcm saya=)

  6. >> aida

    Adesh
    Bajet ceria nmpk
    Cam kanak2 ribena btul
    Ngee~

    😛

  7. eh2…bkn knk2 la..
    pembetulan2…awek muda la dik=)

  8. >> aida

    Awet muda 2 cam nenek kebayan kew?
    Ngee~
    😛

  9. cehhhhhh…
    nenek kebayan???
    memg kesilapan besar neh…
    baek mintk ampon cpt sblom terkne tulah..
    hahaha..

  10. >> aida

    Haha!
    Baek2
    Sy mintk ampun nenek kbayan senior
    Huhu~
    😛

  11. xcukop…
    kamu kne belanja akk ni mkn 3 ari 3 mlm..
    bru la bole d maap kan…

  12. >> aida

    Xleh mkn bnyk2
    Nnti x berseri
    Isy2~
    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: