Lampu isyarat banyak syarat

Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, menggunakan kenderaan sendiri ke pejabat atau untuk melakukan urusan harian masih lagi menjadi pilihan utama memandangkan jaringan kemudahan keretapi masih belum mencangkupi semua kawasan berbanding bandar-bandar besar yang lain seperti di London, Paris dan Tokyo. Ini menyebabkan jumlah kenderaan di jalan raya ketika waktu puncak sangat banyak lebih-lebih lagi ketika menjelangnya perayaan ataupun banjir kilat. Bagi mereka yang biasa memandu di jalan-jalan sekitar Lembah Klang sudah faham benar ragam kekasih hati masing-masing jalan-jalan pintas atau dengan kata lain jalan alternatif untuk mengelak membayar tol.

Sebagai contoh seorang yang berada di Masjid Negeri Shah Alam dan ingin menghala ke KLCC Jalan Ampang, ada berbagai cara jalan yang boleh kita gunakan sesuai ketika waktu puncak, untuk mengelakkan membayar tol, tempoh perjalanan yang pendek dan mengelakkan kesesakan teruk. Tetapi sedar atau tidak kita perlu menempuh lampu isyarat. Tentulah kalau warna hijau = boleh jalan bhai dan warna merah = berhenti bhai. Walaupun pelbagai alternatif jalan yang kita gunakan kita masih perlu mematuhi warna lampu isyarat tersebut.

Oleh yang demikian dalam perjalanan menuju kejayaan perkahwinan perniagaan adakalanya kita perlu berhenti di lampu merah, berjalan ketika lampu hijau, dan bersedia untuk berhenti ketika lampu kuning dan yang paling penting, kita tidak boleh berlengah-lengah saat kesemua lampu isyarat bewarna hijau! Huha!  😀

P/s : Peluang yang datang hanya sekali.Kalau dilepaskan,maka rugilah.Kalau diambil,maka untunglah.Oh ya,konsep ini juga sesuai untuk diaplikasikan dalam konteks percintaan, pelajaran, perkahwinan dan sebagainya.Yeeha!  😉

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 17, 2009.

4 Responses to “Lampu isyarat banyak syarat”

  1. a’kum.. salam dari bumi Dublin, Ireland.. saje2 lompat2 blog.. 🙂

  2. >> JHaZKiTaRo

    Salam bhai
    Salam prkenalan
    😉

  3. semat trefik lite

  4. >> sngl

    Jngn jeles
    Blog ko xde tefik lite cmni
    Hua2
    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: