Analisa tamadun Rom

Mengkaji kisah kejayaan tamadun lampau adalah satu perkara yang menarik dan seharusnya diteruskan walaupun kita tidak terlibat secara langsung dalam bidang pengkajian sejarah. Melalui pembacaan dan tontonan segala kisah kejayaan lampau boleh dijadikan panduan bagaimana memperbaiki corak kehidupan yang lebih moden dan sistematik untuk masa hadapan.

Ada kata-kita hikmah yang berbunyi “ Rome tidak dibina dalam sehari ”. Dalam kita membina kejayaan bukan datang  dalam masa sekelip mata, kita perlu sabar dan berusaha bersungguh-sungguh mengatur kejayaan dalam genggaman. Seperti kata pujangga keramat ini, tahukah anda, Rome adalah kuasa besar yang terbentang luas dari England ke benua Eropah, Afrika Utara hingga ke Timur Tengah, bermula dengan bandar kecil di Itali kira-kira 753 sebelum masihi.

Tamadun Rome memang terkenal dengan kejuruteraan senibina yang sungguh menakjubkan dan banyak memberi sumber inspirasi kepada kejuruteraan moden masa kini. Pembinaan Akuaduks (struktur yang mengalirkan air dari sumber air seperti gunung)  adalah bukti bahawa Rome seperti kehidupan moden kini yang mementingkan sistem pengairan air yang bersih untuk kegunaan harian penduduk. Ada yang mengatakan bahawa penduduk Rome berbangga dengan tamadun mereka kerana mereka lebih maju daripada bangsa tamadun lain.

Monumen kedua yang menjadi kehebataan kejuruteraan Empayer Rome  adalah kubah pada bangunan Pantheon. Struktur ini dibina dalam bukaan kira-kira 150 kaki tanpa sokongan sebatang tiang. Sungguh menakjubkan kerana pada hari ini tiada lagi kubah yang dibina menandingi kubah pada bangunan Pantheon. Antara tujuan pembinaan bangunan ini selain sebagai rumah ibadat, ia juga untuk menandakan kehebatan dan kekuasaan kerajaan Rome pada ketika itu kepada dunia luar.

Colosseum antara monumen yang paling biasa kita lihat bagi menggambarkan kejayaan kejuruteraan Empayer Rome membina gelanggang yang boleh menempatkan kira-kira 70,000 penonton untuk menonton perlawanan yang tiada pada waktu ini iaitu pembunuhan. Di luar pembunuhan adalah sesuatu yang mengerikan, tetapi apabila berada dalam colosseum ini pembunuhan adalah satu hiburan. Idea pembinaan colosseum ini berasal daripada  gabungan 2  Amphitheatre ( gabungan dua pentas bagi pementasan teater yang berbentuk separa bulat ) .

Sememangnya pembinaan monumen yang menakjubkan hingga hari ini adalah idea pemerintah kerajaan Rome pada masa itu yang bertujuan untuk memahat nama mereka dalam sejarah peradaban tamadun Rome. Ia juga kejayaan daripada semua yang mengambil bahagian menjayakan projek ini, daripada pereka bentuk bangunan, jurutera pembinaan, ketua projek dan hamba abdi yang bekerja siang malam bagi menyiapkan projek yang diarahkan. Kejayaan akan tercapai jika semua pihak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas masing-masing dengan gigih dan bersungguh-sungguh.  😉

P/s : Saya bercita-cita untuk membina empayar perkahwinan perniagaan sekukuh empayar Rom.Oh!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 23, 2009.

8 Responses to “Analisa tamadun Rom”

  1. artikel yg bagus dan sungguh bermotivasi!

  2. tabik la bro Yusri!!!macam buku teks form4 la pulak!!!

  3. >> kasparov

    Haha!
    Thanx bro
    😀

    Akn dtg hari demi hari,artikel yg lbih brkualiti n mengghairahkn
    Hak2
    Smoga mnjdi plawat bizlimited yg setia
    Huha!
    😉

  4. >> KaiTo

    Haha!
    Layan je bhai
    😉

  5. haha..
    bagos bro..
    ko amat matang..

  6. >> mr K

    Adesh
    Matang ke bro?
    Bleh lah aku khwin trus esk
    Hak2
    😛

  7. wah besa cte2,hehe.. aja2 fighting!!huhu =p

  8. nota senang faham 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: