Letakkan materialistik dalam plastik

Di dunia serba materialistik ini, tidak dinafikan kehidupan seharian kita kebanyakannya mengejar perempuan cantik harta. Orang ada rumah besar, kita nak rumah besar, orang ada kereta mewah,kita nak kereta mewah. Walaupun cuba dinafikan dengan penuh gelengan kepala, inilah hakikatnya.Kita terlampau mengejar nama,kuasa dan harta sedangkan hakikat harta itu ialah :

‘ Apa yang dimakan akan habis, apa yang dipakai akan lusuh, apa yang disedekahkan sahaja akan menjadi bekalan di hari kemudian nanti ‘

Oleh itu janganlah kedekut sangat untuk bersedekah. Hari Jumaat nanti, mari kita sama-sama melakukan amalan dengan bersedekah di masjid bagi kaum lelaki. Manakala bagi kaum wanita pula, janganlah kedekut untuk belanja saya makan selepas solat Jumaat.Hohoho! Awas,pesanan ini mungkin ditujukan kepada golongan wanita di INTI International University College itu.Oh! 😀

Daripada Abdullah bin Abbas R.A berkata: Rasulallah saw bersabda :

“Ada 2 macam nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.’ ( H.R. Bukhari )

P/s : “Abaikan perkara-perkara keduniaan seperti wang, perempuan cantik, Death Note dan sebagainya kerana ia melekakan”. Rakan-rakan saya hanya senyum memerli apabila ayat ini dilafazkan oleh saya dengan penuh konfiden.Aish,kenapa ye? Haha!  😛

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 25, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: