Emas yang kehitaman

Sebelum petroleum dijumpai untuk dijadikan bahan bakar utama dalam dunia serba moden ini, lada hitam pernah digelar satu komoditi yang mahal dan berharga sekaligus melenyapkan seketika peranan emas dalam komoditi yang menjadi rebutan manusia. Menjadi ramuan pelengkap dalam makanan, lada hitam yang banyak ditanam di negara India menarik pelbagai negara untuk datang membeli emas hitam ini.

Sebelum Syarikat Hindia Timur dan beberapa syarikat daripada Eropah sampai ke India dalam kurun ke 15, bangsa Rom telah sampai terlebih dahulu sebelum masihi bagi memenuhi keperluan makanan masyarakat Rom. Bangsa Rom membuat pelayaran daripada timur Mesir terus ke barat India lebih kurang 45 hari untuk mendapatkan komoditi ini.

Ini mewujudkan ramai masyarakat pedagang Rom yang kaya daripada penemuan emas hitam ini. Kecekapan menghidu bau Meggi permintaan dan mendapatkan barangan untuk memenuhi permintaan kekasih hati pelanggan adalah kemahiran asas seseorang usahawan yang perlu miliki. Walaupun jauh dari pusat pemerintahan di Rom, masyarakat pedagang Rom di barat Mesir dapat mengharungi cabaran di bumi tandus ini seterusnya dapat mewujudkan golongan jutawan melalui aktiviti perdagangan.

Di zaman moden yang mencabar ini, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai bakal isteri pujangga hati pasaran daripada media walaupun permintaan datang dari serata dunia. Kreativiti dalam percintaan menghasilkan produk perlu difikirkan bagi memberi saingan dan menjamin produk untuk lebih berdaya saing.

P/s : Kreativiti dan romantik menambahkan lagi seri dalam percintaan.Kreativiti amat penting tetapi perasaan romantik tidak diperlukan ketika berurus niaga.Ops,sila ambil perhatian!  😀

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 30, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: