Keinginan menjadi pemimpin

 

Kepimpinan adalah salah satu elemen penting dalam perkahwinan perniagaan. Selain faktor produk, pemasaran, perkhidmatan selepas jualan, kos perniagaan,  produktiviti dan pelbagai faktor lain; kepimpinan dalam organisasi adalah penentu arah tuju perniagaan dan juga merupakan faktor terpenting untuk membolehkan perniagaan pergi lebih jauh.

Menjadi pemimpin yang mempunyai daya kepimpinan bukanlah disebabkan oleh faktor keluarga ataupun faktor saiz tubuh badan ataupun faktor kepetahan bercakap. Ada pemimpin yang dilantik oleh masyarakat tetapi dia belum tentu layak untuk memimpin.  Dan ada ketika, ada pemimpin yang tidak dipilih atau tidak popular tetapi mempunyai kebolehan tinggi dalam bekerja dan mempunyai daya kepimpinan yang mantap.Oh!  😉

Ini bermakna anda tidak terkecuali mempunyai bakat untuk menjadi pemimpin dalam organisasi perkahwinan perniagaan anda. Jangan salah anggap bahawa pemimpin dilahirkan sejak azali lagi, tetapi ingatlah bahawa pemimpin dipupuk hari demi hari. Latih diri anda sendiri untuk menjadi pemimpin rumah tangga dengan menunjukkan contoh yang baik terhadap kekasih hati rakan-rakan.Oh!  😀

Menjadi pemimpin kepada diri sendiri adalah latihan permulaan yang boleh kita lakukan sebagai persediaan untuk memimpin organisasi yang lebih besar. Tumpukan kepada pengurusan masa aktiviti harian, memberikan komitmen dalam tugasan yang diberikan, memberi bantuan kepada kekasih hati rakan yang menghadapi masalah, berikan contoh yang terbaik dari segi zahir dan batin dan sebagainya.

Apabila anda sudah mampu untuk menguruskan kepimpinan diri sendiri, maka mulakan langkah seterusnya untuk memimpin organisasi kecil di sekeliling anda. Tiada yang mustahil wahai rakan-rakan kerana kita semua sememangnya mempunyai kebolehan untuk menjadi pemimpin.Huha!  😀

P/s : “Ya Allah,Kau perkukuhkanlah kedudukan iman di dalam diriku untuk menjadi pemimpin keluarga yang adil dan saksama.Kau jodohkanlah cinta setia hakiki diriku dengan wanita yang solehah dan kurniakanlah kepadaku zuriat-zuriat yang mentaati perintahMu.” Semoga doa saya ini dimakbulkan oleh Allah hendaknya.Aamiiin… Anda pula bagaimana?  😉

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on January 30, 2009.

8 Responses to “Keinginan menjadi pemimpin”

  1. relalah dipimpin untuk memimpin…

    renung2kan…

  2. >> anis

    Oh,sngguh mndalam mksudnye
    Thanx ye!
    😀

  3. adik pmpwan ko comel.

  4. ur welcome..

    =)

  5. uhukz..
    gmbr kt tesco ritu eh? :p

  6. >> sngl

    Aish
    Ttibe plak kuar bout adik pmpuan aku
    Sngguh xfhm~
    Beliau xde dlm ini gmbr
    Tukang amik gmbr scara relanya
    Ngeh2
    😛

  7. >> anis

    Kalo ade pape yg nk dkongsi jngn malu jngn segan
    Write je hear
    Hehe
    😀

  8. >> lel

    Daya pnglihatan awk sngguh tajam
    Terkantoi la plak
    Hak2
    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: