Kekayaan yang melekat seperti gam

 

Ketika anda mengunjungi kedai buku pasti anda akan menemui banyak wanita cantik buku motivasi yang menyarankan kita untuk menjadi kaya.Adakah salah untuk menjadi kaya? Jelas tidak.Namun begitu banyak yang menganggap kita berfikiran materialistik jika memikirkan tentang perkahwinan kekayaan. Banyak juga orang yang takut untuk menjadi kaya, dan mereka mencebik cara hidup orang kaya. Banyak orang tidak menyedari dan tidak sedar diri bahawa kalau tidak ada orang kaya apa yang mereka hendak jual tidak akan ada yang membeli.

Ada dua bentuk kekayaan, iaitu kekayaan material dan kekayaan moral.Kekayaan material sering disebut sebagai kekayaan kewangan (rumah besar,kereta besar,perut besar,wang banyak) manakala kekayaan moral adalah kekayaan hati dan fikiran (rohani,persahabatan,cinta, anak-anak yang comel,pengetahuan yang luas,isteri yang cantik lagi solehah lagi ayu.Oh!)  😀

Bolehkah kita memilih untuk memiliki satu sahaja daripada kedua-dua jenis kekayaan tersebut? Jawapannya tentu saja boleh.Adakah kita akan bahagia dengan hanya memiliki salah satu daripada kekayaan tersebut?  Jawapannya hanya ada pada diri anda,bergantung sejauh mana persepsi diri anda terhadap kehidupan.

Bagi masyarakat yang hidup di pedalaman kebanyakannya seringkali menitikberatkan kekayaan moral.Tetapi bagi masyarakat bandar kebanyakannya sangat menitikberatkan kekayaan kewangan.Realitinya,kedua-dua jenis kekayaan tersebut tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.Sebagai contoh,ikuti salah satu episod drama (ini bukan drama Tamil ye) di bawah ini.Oh!  😀

Lelaki atau perempuan dewasa yang matang akan sentiasa resah memikirkan soal perniagaan perkahwinan.Pada saat mereka menemukan calon pasangan yang sesuai,mereka akan saling berjanji untuk setia dalam suka dan duka, untung dan malang.Seterusnya,ia diakhiri dengan perkahwinan dan seterusnya pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata.Waktu terus berlalu,pasangan tersebut diuji oleh Allah untuk menghadapi kesulitan kewangan.Mereka saling tuduh-menuduh dan sering terjadi pertengkaran di antara mereka.Cita-cita perkawinan akhirnya terkandas begitu sahaja.Ada juga kemungkinan lain iaitu ekonomi keluarga sangat baik, tetapi anak-anak terjerumus kerana tidak mendapat perhatian ibu bapa yang secukupnya.Contohnya,suami / isteri tidak setia dan seterusnya bercerai.Nauzubillah,minta dijauhkan perkara ini daripada berlaku ke atas saya dan anda semua.InsyaAllah.  🙂

Episod drama singkat ini hanyalah contoh kecil yang ingin disampaikan oleh saya secara tersurat,jika diteliti secara tersirat anda akan sedar bahawa mahu tidak mahu kita harus mengejar wanita cantik lagi solehah lagi ayu untuk dijadikan isteri kedua-dua jenis kekayaan tersebut.Tidak cukup jika hanya mengejar salah satu sahaja. Persepsi terhadap kedua-dua jenis kekayaan tersebut berbeza mengikut individu. Anda sendiri yang menentukan.Huha!  😉

Kekayaan kewangan + Kekayaan moral = Kebahagiaan

P/s : Kekayaan di dunia hanyalah kekayaan yang bersifat sementara.Seimbangkan tempo anda dalam mengejar kekayaan dunia dan kekayaan akhirat.InsyaAllah kejayaan hakiki akan menjadi milik anda.Oh!  😀

P/s : Selamat Hari Lahir ke-16 wahai adinda GM Zulhilmi.Nak hadiah beli sendiri dulu.Sila claim wang anda pabila kakanda balik cuti nanti.Adesh,pokai gue  😛

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on February 5, 2009.

14 Responses to “Kekayaan yang melekat seperti gam”

  1. owh ye, ternampak adik anda.
    sila sampaikan salam ‘selamat hari jadi’ kpd beliau.
    trimas 😀

  2. >> aliaa x suka air panas kecuali teh o’

    Haha!
    Baek cik
    Akn sy sampaikan
    😀

  3. cmne 2?(malas nk bce pnjg2)

  4. >> ayoot

    Adesh
    Kalo aku terangkn kat komen ni jd pnjg jgk
    Lagi ko malas nk baca bhai
    Aish~
    😛

    Kekayaan kwangan n moral saling melekat antra satu sma laen
    So kna achieve dua2
    Ni sinopsis die
    Pe ah bhai
    😛

  5. oo..
    gtu.. :p
    btw,wish happy birthday to ur bro on my behalf,k!!~

  6. >> lel

    Ngee~
    Bru fhm eh?
    Hak2 😛

    Owho,insyaAllah nnti sy bgtaw die
    No probz!
    😉

  7. tulom kirim hadiah kat adikmu.
    perintah queen

  8. >> klon GM

    Aik??
    Mne hadiahnye?
    Isy2~

  9. Usha mempr0m0sikn t shirt keluaran bizlimited c0rp0rati0n..
    Isy3.
    Senantiasa ada mi d sbalik udang.
    Krim slm ko adik2 btw.
    Hepi bday wat GM Zulhilmi.
    Nk adiah mtak ngn awk tp ats nama sy.
    Wt amal skali skala.

  10. >> Aemy

    Adesh
    Bizlimited corporation xkuarkn tshirt
    Tu compny sy hok laen incharge
    Ingt ni –> MicroAcid Corporation
    😀

    Ngee~
    Sy plop kna support duit hadiah dri awk untk GM Zulhilmi
    Isy2
    😛

  11. sy ingat..
    Microwave Corporation..
    harap sentiasa stabil.

  12. >> aemy

    Haha!
    Ingt btul2
    Ini serius taw
    Hua2
    😛

  13. ye2..
    serius~
    serius??
    xleh serius sgt..
    bak kata…………………

  14. >> aemy

    Yelah2
    Serius skit2
    Jngn bnyk
    Nnti membazir
    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: