Genius atau GeniYus ?

Menjadi pakar dalam bidang tertentu mahupun dalam bidang perkahwinan perniagaan bukanlah bakat semulajadi yang datang secara tiba-tiba. Ia tidak berlaku secara kebetulan dan untuk mencapai tahap kecemerlangan tersebut,anda hendaklah memerah baju yang basah keringat dengan melakukan latihan demi latihan secara berterusan. Mengikut kajian seorang pakar dalam bidang perkahwinan genius mengatakan bahawa kemampuan manusia mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi mereka adalah hasil latihan yang bersungguh-sungguh melebihi 10 tahun ataupun 10,000 jam! Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan tetapi yang diperlukan ialah usaha yang berterusan.Oh!  😉

Saya kongsikan dengan anda semua contoh individu-individu yang kahwin awal genius dan bagaimana mereka mampu mencapai tahap tersebut.Diharap ia dapat dijadikan panduan kepada saya dan anda semua dalam mengejar status suami soleh/isteri solehah kejayaan masing-masing.InsyaAllah.  😀

1. The Beatles telah melakukan persembahan selama 8 jam sehari, 7 hari seminggu dalam perjalanan mereka sebelum menjadi terkenal. Kumpulan ini telah membuat lebih 1200 persembahan sebelum nama mereka menjadi sebutan dunia!

2. Warren Buffet, pakar dalam pelaburan menyifatkan displin, kerja kuat dan latihan yang banyak menjadikan beliau mampu mencapai tahap tersebut.

3. David Beckham terkenal kerana memiliki kemahiran sepakan percuma yang tepat. Beliau berlatih dengan penuh berdisplin untuk mencapai tahap kemahiran ini. Selepas latihan harian, beliau masih lagi tinggal di padang untuk membuat latihan 500 sepakan percuma setiap hari!

4. Bill Gates melepaskan zaman remajanya dengan tidak bersuka-ria bersama rakan lain.Beliau hanya menumpukan sepenuh masa di hadapan komputer mencipta program-program berkomputer.

5. Mozart mula mencipta lagu ketika berumur 6 tahun dan telah diiktiraf sebagai pemuzik profesional di peringkat antarabangsa ketika berumur 21 tahun!

Bakat (talent) itu sememangnya penting dalam sesuatu karier, tetapi usaha yang berterusan adalah peranan utama yang mencorakkan kejayaan. Teruskan memperbaiki mutu perniagaan anda dari sehari ke sehari,insyaAllah suatu hari nanti akan ditunjukkan jua olehNya jalan menuju kejayaan tersebut.Huha!  😀

P/s : Target saya yang paling besar setakat ini adalah untuk mencapai status jutawan sebelum umur 30.Lagi cepat boleh capai target tersebut,lagi cepat saya boleh kahwin.Wii,ini semua untuk keselesaan bakal isteri dan anak-anak juga.Oh!  😉

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on February 28, 2009.

14 Responses to “Genius atau GeniYus ?”

  1. owh.geniYus does not exist
    geniYoot la
    hahaha

  2. >> ayootygensem

    Perghh~
    Geniyoot bunyi cam bigfoot jew
    Xleh2
    Data not valid
    Hak2
    😛

  3. genius???
    wow….
    cool…

    sume org nak jd pandai n dgelar genius…
    tp mslhnya,,
    x de usaha…
    n ske mmperkcilkn org..
    x dpt mnerima pndpat org laen,
    dan tidak mahu keluar dri kpompomng mereka…

    x ckup hnya dgn skor exam..
    tp personlity x mlambangkn anda seorg yg pndai…
    jdi,
    jgn terlalu membangkang dan jge x bleh mnerima bulat2…

    kpda org yg ske mmperkcilkn org,,
    x smestinye org yg anda perkcilkn itu soerti yg anda sangkakan..
    so,hati2 spaya anda tdak klihtn sperti org yg bdoh even anda org yg cmerlang

  4. >> fatin

    Bgus2
    Prkongsian yg bgus
    😀

  5. obviously, geniYus xwujud!!
    hahahaa :PP

  6. ape maksud geniyus???or promote name sendiri kew???

  7. hahaha

  8. uwah!!!nampak nyer ramai pelayar blog nie yg tidak berpuas hati dgn perkataan ‘geniyus’…bro!!!tolong komen sikit….

  9. >> farah

    Haha!
    Geniyus wjud la
    Ade jew kat INTI 2
    Try search google tngk
    Ngeh2
    😛

  10. >> KaiTo

    Perghh~
    Ko harapkan aku xplain jew ni
    Try la cari sndiri
    Isy2,lemak ah gni
    Cmne nk maju
    Adesh~
    😛

  11. yes2!tp xde pon yg komplen psl geniYoot except ko
    huahuahuahua

  12. >> ayootygensem

    Haha!
    Xde org nk komplen sbb diorg segan
    Aku tlong wakilkan untk diorg bhai
    Ngeh2
    😛

  13. ermmm…sume kamus xde word Geniyus…
    hahhahaha..tp xpe…jdkan ia suatu doa…
    weeee~

  14. >> aida

    Haha
    Kak senior mmg baek
    Ngeh2
    (amik aty je)
    😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: