Aku,dia dan diet.

AMARAN : Artikel kali ini mungkin kurang bersesuaian untuk dibaca oleh golongan yang kurus dan sememangnya amat digalakkan untuk dibaca oleh golongan yang mempunyai ‘paras lemak yang berlebihan’.Pengawasan daripada ibu bapa adalah penting.Sekian.Hua2  😛

( Tikus buncit ini hanya sekadar gambar hiasan )  😛

Mengikut ilmu perkahwinan mikroekonomi yang telah dipelajari oleh saya,ada mengatakan bahawa apabila paras harga barangan di pasaran jatuh daripada paras harga seimbang/normal ,maka akan terjadinya lebihan permintaan daripada pihak pengguna dan kekurangan pengeluaran daripada pihak pengeluar.Sememangnya masalah ini boleh diatasi jika terdapatnya bantuan daripada kerajaan seperti mengimport barangan daripada luar negara.Tetapi di sini,saya lebih berminat untuk mebincangkan soal suami isteri bahagia ‘consumer awareness’ untuk mengatasi masalah ini.Salah satunya ialah, kurangkan ego anda makan secara berhemah dan tidak berlebihan sehingga membawa kepada pembaziran.Dalam erti kata lain adalah DIET.Hmm..  😉

Saya akui,topik ini mungkin merupakan salah satu topik yang mengghairahkan popular di kalangan kaum wanita,dan mungkin juga dikalangan kaum lelaki.Semua berkeinginan untuk mempunyai bentuk tubuh badan yang seksi langsing dan menarik.Oh! Baiklah,izinkan saya untuk berkongsi tips-tips untuk diet yang berkesan.Ini mungkin sedikit lari daripada topik perniagaan yang sering saya bincangkan sebelum ini tetapi jika diperhalusi dengan kelima-lima deria normal yang anda miliki,sememangnya artikel pada kali ini mempunyai bau-bau bacang dengan perniagaan.Oh!  😉

Antara tips-tips tersebut ialah :

1. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan – Minumlah Kopi Cap Kapal Api kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan.Cara ini menyebabkan tekak anda berasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCl. Kekurangan
enzim dan asid HCl di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

2. Minum 8 gelas air sehari – Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan me-metabolisma-kan simpanan lemak di dalam tubuh.Sebelum makan makanan yang berat-berat,cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

3. Elakkan minuman bergas – Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak bagus untuk kesihatan tubuh.

4. Kurangkan pengambilan garam – Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penakungan air di dalam badan.Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda akan mengurangkan berat yang disebabkan oleh air.

5. Ambil sarapan pagi – Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk buncit gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

6. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil – Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah untuk dihadam.

7. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali dua, tetapi dengan kuantiti yang banyak.

8. Apabila makan di restoran atau gerai ,pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman yang masam menggalakan pembakaran lemak.Pastikan minuman anda kurang gula.

9. Ambil makanan yang berempah – Sesetengah rempah seperti cili dan biji sawi didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga membantu pembakaran lemak.

10. Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan bersama kekasih hati tersayang sesudah makan akan membantu mengurangkan sebahagian kalori daripada makanan tersebut. Setiap 25 langkah anda berjalan,1 kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi jika anda menaiki tangga.Lakukan dengan gaya santai kerana perut anda baru sahaja terisi dengan makanan.

Semoga anda semua berjaya mengamalkan diet pemakanan yang seimbang dan konsisten.Selamat berjaya! Huha!  😀

P/s : Untuk kaum wanita,amalkanlah budaya diet yang seimbang sepanjang masa supaya diri anda akan sentiasa disayangi oleh si dia.Uhukz!  😛

-GM Yusri-

 

 

~ by GM Yusri on May 16, 2009.

26 Responses to “Aku,dia dan diet.”

  1. ooo, gtu..
    thanks for da info..
    blh la nk g diet lepas ni..
    :p

    • Uhukz~
      Ok,slamat berjaya
      Sokongan drpd ehem2 awk amat dperlukan sepanjang proses diet mendiet ni
      Ngee~
      😛

  2. aku,DIA dan diet…
    cehs..
    nway, good info..^^

    • Haha!
      Nape anda besarkan word ‘DIA’ tu?
      Adesh~
      😛

      Selamat berjaya dalam program berdiet!~
      Huha!
      😉

  3. haha.sy x perlu diet pn.
    si dia x kesah.wee.:D

    • Haha
      Anda nmpknye bgitu konfiden skali
      Nnti nk psycho ‘si dia’ anda spaya die kesah
      Ngeh3 (ketawa jahat)
      😛

  4. hmm..
    ehem2 sy xkesah sgt sbnrnya..
    die terima sy seadanya.. :p

    ni dh sah en yusri kesah kn??
    sbb tu bg tips diet tu..
    mesti nk tuju kt sape2 ni?
    ehem2.. :p

    • Wah
      Bgusnye ehem2 awk tu
      Trima awk seadanya g2 😉
      Sweet2~
      😛

      Haha
      Sy separa kesah je
      Yg separa lg tu serah kat die nk wat kptusan sndri
      Ngeh2
      😀

  5. good info!!!thanks 4 da info bro!!saya suke kat gambar tikus gemuk!!cute nyer!!!!

    • Haha
      Rilek2
      Jngn ghairah sngt kalo ye suka pon
      Malu kat jiran2
      Aish~
      😛

  6. ada orang terasa dgn post kali nieh…
    neway..thanks.

    • Erkk?
      Adekh post kali ni trdapat kepedasannya yg trsndiri?
      Bnyk2 kn minum air
      Mybe bleh mngurangkan tahap kpedasan tu
      Ngee~
      😛

  7. salam
    intrested ngan post kali nie
    anyway, just curious..
    aper rasionalnyer kiter mkn mknn dlm kuantiti yg sedikit dgn kerap compared mkn sekali dua dlm kuantiti yg banyak?

    • Ok,gni
      Mkanan bgi kita tnaga kn, n bila kte guna tnaga kurg dri pe yg kite amik,tubuh akn trkjut.
      Then,tbuh akn strt bakar muscle untuk gnti mknan tu.
      Then,kdar metabolisma tubuh akn jd rendah.
      Ur tubuh pon dh strt terpesong skit dri keadaan asal.
      So,die bakar lah kalori scara xnormal afta dat

      It’s ok nk mkn skali sehari je
      Tpi,asalkan jngn berlapar dh la semata2 nk diet
      Dats why kna mkn secara berkala
      Nabi ade pesan,mkn ktika lpar n brhenti sblom knyg
      Ade hikmah dsbalik tu kalo kite kaji balik
      😀

  8. len kali mintak kuarkan post cara2 nk jd berisi…
    sy teringin sangat.
    ngeh~

    • Haha
      Hnya reverse kn shaja post kali ini
      Sure2 jd berisi
      😉

      P/s:Tapi x confirm dngn side-effects yg anda akan dpt kalo pndai2 sndiri g reverse tips2 trsebut.Sila rujuk pkar diet bertauliah ye 😀

  9. hurm,ouh
    btol3.
    setuju ngn statement tue.
    anyway, thanx 4 the info. 🙂

  10. huhuhuhu….
    ermm…
    diet dah.. exercise pn dah…
    saya rakyat malaysia yg sihat….
    yeahhh….
    hehehehehe

  11. wahh..
    blog ini dh terlalu berhabuk la..
    bile encik mau update ni?? :p

    • Haha
      Dh berhabuk ke?
      Cik sapu la dlu ape yg patut
      Nnti dh bersih sume bru sy update,ye
      Ahaks!~
      😛

  12. haha.. menarik betul post ni.
    byk benda rupenyer yg ble buat klu nk jd langsing (nk guna perkataan kurus x sesuai lak)

    • Haha
      Leh dh nnti awk nk try2 praktikkan
      Kalo brkesan bgtaw kat sy,k!
      Hak2 😛

  13. hebohla..pepun tenkiu..lepas ni ko leh publish tajuk ni lak..senaman kecikkan paha..diamalkan oleh wanita dijepun…nk cari..ak dah jumpe..aha!

Leave a comment