Mencari berlian yang hilang.

AMARAN : Untuk bacaan yang telah berkahwin atau ingin berkahwin 5-7 tahun lagi sahaja. Pengawasan daripada ibu bapa amat digalakkan bagi mereka yang masih tidak cukup umur. Huha!  😛

Sememangnya golongan wanita pastinya berminat untuk memakai berlian sebagai perhiasan peribadi. Harga berlian yang mahal dan ukirannya yang sungguh mengghairahkan menarik sudah cukup memberikan internal satisfaction kepuasan maksima kepada si pemakainya apabila menghadiri majlis keramaian. Namun begitu, tidak semua wanita seksi dan rugged oang berkemampuan memiliki perhiasan seperti ini kerana bilangannya yang terhad dan sukar untuk diperolehi.  😉

Mengkaji balik salasilah pembuatannya, menghasilkan sebutir berlian bukanlah suatu kerja yang mudah. Pada asalnya ia adalah batu yang buruk yang tampak tiada nilai. Tetapi selepas melalui proses demi proses yang begitu lama dan sukar, batu yang asalnya buruk itu telah bertukar kepada sebiji batu yang amat cantik sekali.Oh!  😉

Itu adalah salah satu contoh tersirat bagaimana nilai seseorang manusia di mata masyarakat. Untuk memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada manusia sejagat, kita seharusnya terlebih dahulu menempuhi proses demi proses yang lama dan sukar.

Kita semua dapat diibaratkan seperti batu biasa yang tiada nilai komposit pada permulaannya. Jika kita sanggup untuk bekerja bersungguh-sungguh, mempelajari banyak ilmu perkahwinan ilmu pengetahuan dan sentiasa berani menghadapai cabaran, nilai kita sememangnya akan lebih mahal daripada sebutir berlian tersebut! Oh! Terpulang kepada diri anda sendiri bagaimana kesanggupan anda untuk memujuk kekasih hati yang merajuk manja menghadapi kesusahan pada masa sekarang sebagai persediaan untuk kemudian hari. Bak kata cendekiawan, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian’. Oh!  😀

P/s : Saya dalam proses mengumpul harta kekayaan untuk membeli sebentuk cincin berlian untuk bakal isteri yang tersayang sempena majlis perkahwinan kami nanti. Bila tarikh perkahwinan? Itu yang kita semua tak tahu.Ahaks!~ InsyaAllah jika dimurahkan rezeki oleh Allah. Aamiiin~  😀

P/s : Hargailah suami / isteri / bakal suami / bakal isteri / tunang / kekasih hati anda seperti sebutir berlian ‘rare’ yang berkilauan. Bersyukurlah anda dengan apa yang anda miliki sekarang. Jangan sudah kehilangan baru nak terngadah. Sememangnya apa yang sudah berlaku tidak boleh diundur kembali. Oh!  😉

-GM Yusri-

 

 

Advertisements

~ by GM Yusri on June 13, 2009.

8 Responses to “Mencari berlian yang hilang.”

  1. uhukz..
    mcm xsbr nk khwin je en yusri ni..
    isy3..

    neway..
    sume org dlm gmbr tu tgh sbuk cr berlian ke??
    :p

    yup2..
    tul tu..
    hargailah seseorg itu seadanya..
    dun just take something or someone for granted,rite??
    huhu..

    • Haha
      Mne de
      Sy mnunggu dngn pnuh sabar lah
      Aish,cik ni~
      😛

      Hak2
      Sume org tngh sibuk cari idea
      Bukan cari berlian
      Sy jew yg xtlong,duk sibuk cari sms
      Ngee~
      😛

      Yup2
      Btul tu
      Anda nmpknye sperti brpnglaman jew
      Aish,xnk kongsi cite?
      Ahaks!~
      😛

  2. Woah.
    Siap ade amaran lagi tuh.

    Ouh.
    Begitu tersirat sekali ape yg ingin disampaikan gm yusri.
    cam dlm karangan BM lah pulak.
    Yg kene bt rumusan tuh.
    *mengimbau memori bersama exam BM*

    • Haha
      Nmpknye ade tidak mematuhi amaran trsebut
      Isy2~
      😛

      Phew~
      Pe kes ni ttbe mengimbau memori?
      Hak2
      😛

  3. ermm,,,,
    en yusri….
    smoge dapat mencari b’lian yang dapat menyinari hidup anda dan keluarga,,,
    aminn..

    • Haha
      Aamiiin~
      Thanx,cik!
      😀

      InsyaAllah,smoga anda brtemu juga ‘berlian’ trsbut
      Aamiiin~
      😉

  4. Saya mau ikuttan nyari juga ah mudah2an aja dapat?.. he he he

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: