Muslimah bertudung itu.

AMARAN : Bukanlah tujuan post kali ini saya nukilkan untuk menyindir/menghina mana-mana pihak secara sengaja ataupun tidak, tetapi anggaplah post ini satu teguran yang membina buat kita semua. Saya dahulukan dengan ucapan berbanyak-banyak maaf jika ada tersilap kata / terkasar bahasa. Yang baik itu datangnya daripada Allah, dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri. Harap dapat saling membantu dan nasihat-menasihati. ๐Ÿ˜‰

Scene :

Alkisahnya, seorang wanita yang solehah, ayu, comel, lawa cantik dan lemah lembut sedang berdandan untuk keluar. Tiba-tiba muncullah Syaitan X menghasut dan menggoda lagi meragu-ragukan wanita tersebut mengenai pemakaiannya. Syaitan X memberikan suggestion alternatif terhadap cara wanita tersebut mengenakan tudung serta pakaiannya yang lain-lain. Syaitan X said : “Who told you that you must cover your whole hair?” Dan sayangnya, gadis ini akhirnya tewas pada godaan tersebut.

Mungkin analogi yang saya utarakan di sini agak hot n spicy pedas bagi sesetengah kaum wanita Muslimah yang membacanya. Maafkan saya, tidak terlintas niat di hati untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Mengutarakan nasihat / komen itu memang pahit tapi ibarat ubat yang bersifat menyembuhkan. Oh, maafkan saya.

Rasionalnya, apabila anda(kaum wanita) memilih fabrik yang lembut untuk dibuat sofa tudung, ini akan menyebabkan anda sama seperti orang yang tidak memakai tudung. Maaf, saya tidak tahu word yang sesuai untuk meng-explain. As far as we concerned, faktor cuaca Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun mengundang angin-angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, lantas menampakkan secara tidak sengaja apa yang sepatutnya dilindungi. Memang benar angin itu anugerah Allah, tapi, apa yang saya ingin maksudkan di sini janganlah salahkan angin yang bertiup. Maaf.

Diharapkan anda(kaum wanita) dapat memilih fabrik yang keras / baik. ‘Baik’ di sini bukanlah bermaksud lembut teksturnya. Biarlah tudung itu keras macam ikan kering kena kanji asalkan tidak melekap di badan. Yang keras tak semestinya panas kan? Biarlah panas sebentar di dunia, asalkan tidak di akhirat. Oh, maafkan saya.

Surah An Nur (Ayat 31) :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Bertudung labuh atau tidak labuh bukanlah persoalannya,tetapi yg penting sejauh mana pakaian yang anda pakai mampu mambalut dan melindungi tubuh anda daripada menjadi pameran dan tatapan umum. Bagi saya, kaum wanita itu memang dijadikan cantik dan lawa sejak azali lagi, dan pakailah apa-apa saja asalkan menutup aurat. Yang penting, ianya mulia pada pandangan Allah S.W.T., dan bukannya pada pandangan manusia. Maafย  sekali lagi jika saya ada tersilap kata dan bicara.

Hukum menutup aurat bagi setiap muslimah yang baligh adalah wajib dan hendaklah menutupi had kelajuan aurat yang sudah ditetapkan, tidak ketat, tidak jarang dan tidak menarik perhatian. Akhir kata, rendahkan cermin sisi kereta pandangan anda dan selamat menjaga suami dan anak-anak diri masing-masing, kerana sesungguhnya kiamat sudah dekat. Oh!

P/s : Maafkan saya jika ada terlampau kata dalam mengutarakan pesanan di atas. Bak kata ustaz saya, teguran berhikmah tak semestinya lembut, andai satu penampar tamparan boleh menyedarkan seseorang, itulah yang dinamakan hikmah. Jazakillah kheir.ย  ๐Ÿ˜‰

P/s : Diharap muncul dengan lebih ramainya wanita-wanitaย  cantik businessman/businesswoman tudung yang menitikberatkan aurat orang Islam lebih daripada keuntungan dan fesyen semata-mata. InsyaAllah.ย  ๐Ÿ™‚

P/s : Saya sanggup untuk belikan anda tudung yang menutup aurat jika anda tidak mampu membeli/tiada kesempatan masa untuk membeli. Just PM me. InsyaAllah.ย  ๐Ÿ™‚

-GM Yusri-

Advertisements

~ by GM Yusri on March 19, 2010.

6 Responses to “Muslimah bertudung itu.”

  1. setiap statement diiringi apologize…
    i said:xperlu laah..anda hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim..MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA.,kan..dan bukan shaja jenis fabrik yg perlu dikhuatirkan…bla..bla..bla..act,ada byk faktor yg memungkinkan seseorang itu merenovate tudung (beli yg besor then lipat2 sampai jd kecik pastu pakai,maka terkelihatanlah segala aurat)..slh satunya,pengaruh RAKAN,media dn iklim(like u said)..trust me,sy suka pakai tudung psr malam yg kainnya mcm kain kapan,asal warna menarik sudaa(depends on events laaar) :)bla..bla..bla..i’m a girl n i need those advises even kengkadang sy agk gila2 n kuat galooping..i’Allah,pnampilan sy jg akn diubah dr smasa ke smasa mmandangkn sy da smkin matured dn sedar srta mmahami dgn lbh mndalam ttg pnmpilan seorang muslimah…nk ryk byk lg bena psl renovate tudung 2h tp apakan daya mata ini xmembenarkan menatap dis lappy lama2.(ngantook).kuat bena ngarut neh.thnx a lot sbb bg post yg membangun ini..selamat malam.

    • Huhu
      Sy xtaw emosi wanita ni mcm mne
      Tkut ade trsilap ckp n trguris hati mano2 jh
      So, baek mintk maaf awl2
      Xg2? ๐Ÿ˜‰

      Hmm..
      Btul3
      Bnyk yg prlu dkhuatirkan, tpi sy xtaw pe yg ptut dkhuatirkan tu
      Heee~ ๐Ÿ˜›

      Alhamdulillah
      Bguslh kalo dh mkin matured n brubah ke arah kbaikkan
      Harap ianya kekal smpai akhir hayat
      Aamiiin~ ๐Ÿ™‚

      Uhukz
      Awl tul ngntuk
      Smayag isya’ dlu b4 tdo
      Wii~ ๐Ÿ˜‰

      Selamat malam.

  2. tak salah berdakwah melalui kata2..
    kebanyakan org xsuka mendengar bebelan
    dan sesetengah org agk sukar utk menafsir disebalik percakapan kita..
    tapi percayalah..ada segelintir manusia boleh berfikir melalui kata2 yang kita coretkn. disitulah timbulnya daya pemikiran yng kreatif dn pendek kata..ia terpulang pd hati dan niat..

    • Huhu
      Gaya bahasa awk mmg slalu je canggih
      Mmg btul2 org sastera lh die ni
      Aish~ ๐Ÿ˜›

      Yup2
      Papepon, btul dh pe yg awk ckp tu
      Sy stuju!~ ๐Ÿ˜‰

  3. haha..
    x delah secanggih mane pn wak..
    hanya ayat semata2..
    alaa..awak pn ape kurangnya..hehhee
    sy bkn org sastera wak..sy xpernh amik sastera time skolah2 dlu..
    tp nilah kenyataan yg betul utk dirumuskn bg manusia zmn skg..hihi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: