Nota untuk anakku.

AMARAN : Ini hanyalah…  Err.. Never mind.  😛

Oh! Semalam saya mendapat satu mimpi yang aneh lagi pelik. Mimpi yang membelitkan medulla oblongata, mahupun central thermoreceptor secara sengaja mahupun tidak. Tidak!! Al-kisahnya, saya bermimpi saya mendapat anak pertama iaitu seorang anak perempuan comel yang bernama Melissa Khadijah Binti Ahmad Yusri (M-KAY). Ops!  😉  Dalam hati nak anak 1st laki, tapi rezeki di tangan Allah kan?  😉

SCENE 1 :

Saya mengajak Eli (Nama manja untuk Melissa) untuk bermain catur, tapi she refused. Eli cakap “Boring dah la main chess ngan Mama. Mama asyik kalah je. Papa, jom menari!”  Haha, comel btul.  😛  Tapi, ntah macam mana, Eli tersilap pijak time menari tu and terjatuh dari tangga dari tingkat 2. Huhu. Alhamdulillah, nyawa masih panjang, Eli dirawat oleh her Mama sendiri and tiada kecederaan dalaman. Oh!  🙂

SCENE 2 :

Eli berumur dalam lingkungan 5-6 tahun gitu, and gemar pakai gaun. Suatu pagi, before pergi kerja, saya terpaksa sediakan breakfast untuk Eli sebab her Mama is sooo busy, ada kerja kat hospital, pagi2 lagi dah on-call. So, as a Papa yang cool and sporting, saya start masak. (Tak tahu masak ape. Tak ingat  😛  )  Eli refused untuk makan habis and she said “Papa masak tak sedap la. Baik suruh Mama yang masak, lagi best.”  Aish, banyak mulut betul la anak sorang ni. Haha, budak2~  😛

PESANAN PAPA UNTUK ANAKNYA :   8)

1. Wahai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada Allah.

2. Wahai anakku, seandainya Papa dan Mama marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya Papa dan Mama adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.

3. Wahai anakku, jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

4. Wahai anakku, janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baikn bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

5. Wahai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha memaafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

6. Wahai anakku, selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikannya barang yang berharga.

7. Wahai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Semoga suatu hari nanti anak-anak Papa akan membaca dan menghayati pesanan-pesanan Papa ini. Hormatilah Mama kerana syurga terletak di bawah tapak kaki Mama, and Mama lah yang bersusah-payah mengandungmu selama 9 bulan and menjagamu sehingga besar. Jika ditakdirkan umur Papa singkat, maka ziarahlah kubur Papa dan sedekahkanlah Al-Fatihah. InsyaAllah, anak-anak yang soleh dan solehah akan diredhai dan dirahmati Allah selalu. Aamiiin~  🙂

P/s : Rasa sebak jauh di lubuk hati ketika menulis post pada kali ini. Rujukan >> 25 Pesanan Luqman Al-Hakim.  🙂

-GM Yusri-

.

Advertisements

~ by GM Yusri on April 10, 2010.

2 Responses to “Nota untuk anakku.”

  1. wah2. papa sudah. 😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: