Alley-oop 180

Suasana serba kelam dan kabut, tunggang dan langgang, tiada air muka ketenangan. Air kopi juga tidak ada. Neslo panas juga lagilah tidak ada. Yang ada hanyalah seketul bantal kuning berbentuk empat segi. Yappari, sumpah tak tipu. Aku serious ni!!

Hitam pekat malam menelan seribu rahsia. Menelan bagaikan musang lapar. Sreetttt… Samar-samar cahaya lampu pendaflour menyapa mata redup menghadap skrin notebook usang. Sepi. Sunyi. Sepi lagi. Tiada irama mahupun lagu bersatu bagaikan debu. Yang ada hanyalah segelas masa yang terbazir dimakan angkatan semut celaka. Oh!

Hari ini genap dua minggu lebih. Mungkin. Genap empat belas hari lebih. Mungkin. Genap aku menyental daki-daki kebosanan dan kesopanan. Bagaikan satu sumpahan sesumpah plastik, bergema, berdetik, aku bisu. Bukan, aku membisu lah… Membatu bagaikan Sang Penunggu.

Hajat besar mahu ditadah lagi. Segenggam tangan sebesar tapak kaki bayi aku jolokkan. Mungkin dunia hanya mahu meng-kelabu-kan pemikiran jumud an-nas. Buta. Tuli. Pekak. Bisu. Tempang akal, tersedia keranda depan mata lagikan berani. Inikan pula halusinasi imaginasi serasi. Hmm…

Do-it-yourself. Noktah.

P/s : By hook or by crook, aku akan siapkan juga novel ‘Graviti M’ itu sebelum tiba masa berangkat ke OSU. Bukan mengejar nama. Bukan juga mengejar royalti. Kot. Tetapi mesej tersurat dan tersirat itu yang kita mahu ketengahkan. InsyaAllah… Ada rezeki, ada lah kan?  😉

-GM Yusri-

.

Advertisements

~ by GM Yusri on May 17, 2010.

2 Responses to “Alley-oop 180”

  1. demo xoyak nk kawe bleh msuk OSU..=D ..hehe..btw tahniah walaupun tlmbat doh..hehe

    • Haha
      Sory bear, dop ingt nok oyap
      Pdahal kawe dop oyap ko sapo2 pon lgi
      Adesh 😛

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: