A lovely rib cage.

Sabda Rasulullah: “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

Rasulullah berpesan dengan sesungguhnya agar melayani kaum wanita dengan cara yang sesuai dengan individu wanita itu sendiri. Cara menangani hal wanita haruslah penuh dengan kemachoan kebijaksanaan dan kesabaran. Hanya lelaki yang mendapat pointer 4.0 setiap semester bijaksana sahaja yang dapat melaksanakan pesanan Rasulullah ini. InsyaAllah…

Wanita diciptakan daripada tulang rusuk merupakan kiasan yang menerangkan tentang secara umumnya sifat degil itu wujud dalam diri wanita. Tulang rusuk dalam penciptaan-Nya adalah bengkok. Fitrah wanita dikurniakan rasa degil dan malu sebagai senjata untuk melindungi diri mereka. Wanita adalah insan yang memiliki jiwa yang micro halus, lemah lembut ,penyayang dan kadangkala sering berubah-ubah dan tidak istiqamah dalam sesuatu perkara. Oh, betul ek?   😛

Perempuan diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu ‘penyempurnaan’. Sepertimana juga usus lembu manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna.

Wanita itu diciptakan daripada rusuk lelaki, dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung, dan bukan juga di kaki untuk dikasari dan dipijak-pijak.

Pesan seorang ustaz selaku kawan baik saya dahulu, “Dok saloh kalu kito tegur ore tino dengan lemah-lembut dan berhikmah. Tu keyh tuntutan Islam. Kalu kito maroh-maroh sapa ore tino merajuk, bukan dio hok saloh, tapi kito hok saloh sebena.Dok dok time tuh kito hok lagi ‘bengkok’ dari ore tino kito dop?”. Oh,jackpot. Terkena batang hidung sendiri. Atoiii!~   😛

P/s: Saya sayang awak, wahai tulang rusuk pelengkap hidup. Semoga jodoh kita kekal sampai bila-bila, sampai ke syurga hendaknya. Aamiiin~  =’)

-GM Yusri-

Advertisements

~ by GM Yusri on January 3, 2011.

8 Responses to “A lovely rib cage.”

  1. post ni cm sweet lah~~ hahaha.. =p

  2. perhiasan yg terindah itu perempuan solehah =)

    • InsyaAllah jat..
      Smoga sep kito blakow dianugerahi isteri solehah
      Aamiiin~ 😉

  3. selamat berbahagi! 😀

  4. Haha.
    Thanx anna
    Smoga brbahagia juga disamping sabun2 cina
    Haha 😛

  5. haha..senget..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: