Bangkitlah Melayu!

•January 14, 2011 • 1 Comment

 

P/s: Seriously, saya sangat merindui Malaysia sekarang. Lagu ini sungguh menyebakkan hati dan sanubari.   =(

-GM Yusri-

Advertisements

Tak tergamak ke kanan.

•January 13, 2011 • Leave a Comment

Terjemahan dalam puisi,

Saki-baki Vitamin C,

Luka berdarah kering gusi,

Bukan, ini bukan scurvy,

Pap pap pap.

 

Mata tertutup,

Kepala terlingkup,

Cukup cukup.

 

Berjasa pada semua,

Asimilasi setingkat budaya pensil 2B,

Otak kanan tekan tubi,

Otak kiri macam ubi.

 

Pensil suntik steroid,

Pena salut creatine macam android,

Conteng sana-sini lagak asteroid,

Boom!

Sepuluh trapezium kerat setengah deltoid.

 

Statistikal data kujadikan sarapan,

Aku lapar aku makan,

Ya, mana raffinose terkini?

Marasmus hiba dalam guni.

 

Chakra berputar-putar titik lokus,

Penat jadi semangat tapi fokus,

Baring posisi lotus,

Putus.

 

Ku lihat layu dalam melayu,

Aku jadi sayu,

Mereka merancang masa menjilat bangsa,

Angin api kita lupa,

Petah berbahasa kudrat tak berjasa,

Orang berbudi kita hanya tahu merasa,

Selalu lari tatkala dirapat,

Selalu tersipu tika soalan diaju,

Selalu segan memberi pendapat,

Rela dipakai tali dari meneraju,

Suka berjanji dalam borak,

Bukan kata tiada otak,

Walhal fikiran hanya dalam kotak.

 

Aku pantang kalah,

Bangun bila jatuh,

Tolong ceraikan kerusi dari buntut,

Tatkala general berucap dalam mimpi,

Assalamualaikum.


-GM Yusri-

A lovely rib cage.

•January 3, 2011 • 8 Comments

Sabda Rasulullah: “Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita (dengan kebaikan).”

Rasulullah berpesan dengan sesungguhnya agar melayani kaum wanita dengan cara yang sesuai dengan individu wanita itu sendiri. Cara menangani hal wanita haruslah penuh dengan kemachoan kebijaksanaan dan kesabaran. Hanya lelaki yang mendapat pointer 4.0 setiap semester bijaksana sahaja yang dapat melaksanakan pesanan Rasulullah ini. InsyaAllah…

Wanita diciptakan daripada tulang rusuk merupakan kiasan yang menerangkan tentang secara umumnya sifat degil itu wujud dalam diri wanita. Tulang rusuk dalam penciptaan-Nya adalah bengkok. Fitrah wanita dikurniakan rasa degil dan malu sebagai senjata untuk melindungi diri mereka. Wanita adalah insan yang memiliki jiwa yang micro halus, lemah lembut ,penyayang dan kadangkala sering berubah-ubah dan tidak istiqamah dalam sesuatu perkara. Oh, betul ek?   😛

Perempuan diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu ‘penyempurnaan’. Sepertimana juga usus lembu manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna.

Wanita itu diciptakan daripada rusuk lelaki, dekat di hati untuk disayangi dan dilindungi, bukannya di kepala untuk dijunjung, dan bukan juga di kaki untuk dikasari dan dipijak-pijak.

Pesan seorang ustaz selaku kawan baik saya dahulu, “Dok saloh kalu kito tegur ore tino dengan lemah-lembut dan berhikmah. Tu keyh tuntutan Islam. Kalu kito maroh-maroh sapa ore tino merajuk, bukan dio hok saloh, tapi kito hok saloh sebena.Dok dok time tuh kito hok lagi ‘bengkok’ dari ore tino kito dop?”. Oh,jackpot. Terkena batang hidung sendiri. Atoiii!~   😛

P/s: Saya sayang awak, wahai tulang rusuk pelengkap hidup. Semoga jodoh kita kekal sampai bila-bila, sampai ke syurga hendaknya. Aamiiin~  =’)

-GM Yusri-

If ME?

•December 29, 2010 • 4 Comments

INTRO: Allahu akbar, apa dah jadi dengan aku sekarang?  T_T

P/s: I cannot resist the fascination of sacrifice, since a passion for sacrifices is part of a Chessplayer’s nature.

P/s: Strategy requires thought, tactics require observation. And, I don’t believe in psychology after all. I believe in best moves. Thank you.   😀

-GM Yusri-

Miaow-ing.

•December 6, 2010 • Leave a Comment

AMARAN: Maaf, intonasi artikel pada kali ini mungkin agak comel dan rangup sekali. Heh, sekali sahaja, bukan 2 atau 3 kali. Pffttt.   8)

Miaowwww….

Miaowwwwwwwwwww…….

Miaooww..

Miaaaowww…….

Miaow…..

(senyap)

Miaooooowwwwwwwww……

Miaooowwww…

Miaowwwwwwwwwwwwwwwwww…

Miaowwwwww….

(tamat)

…………………………………………………

P/s: Okay, tiada motif. Damn. Saya hanya stress dengan final exam sahaja. Tahniah kerana masa anda terbuang begitu sahaja membaca entri caca-merba ini. Lebih baik masa itu anda gunakan untuk makan choki-choki dengan awek hot nenek anda. Heh.   🙂

-GM Yusri-

Terima kasih PUM.

•December 5, 2010 • 2 Comments

Okay, back in Tu Tauzen en Tri(2003) until Tu Tauzen en Sefen(2007) dahulu ketika di MRSM Jeli and MRSM Langkawi, saya sangat obses dengan perempuan seksi sesuatu yang berkait seperti di bawah:

Nota ringkas:

1) Satu strategi jangka panjang ke arah mencapai matlamat pembentukan budaya kahwin awal keusahawanan dari peringkat sekolah.

2) Dibentuk berasaskan penyelidikan dan pengalaman bahawa kahwin empat itu bagus kerana anda mendirikan 4 buah masjid keusahawanan boleh dibangunkan melalui pendidikan dan latihan.

3) Dijangka dapat membantu negara dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti usahawan ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.

4) Proses pembentukan budaya keusahawanan bermula dari peringkat awal sebelum persekolahan sehinggalah seseorang itu menceburkan diri dalam perniagaan sebenar dan seterusnya ke peringkat pertumbuhan dan pengembangan.

……………………………………………………………….

Special thanks to: Cikgu Rhyna, Cikgu Rozaiman, Tuan Haji Rozali Mamat, Cikgu Hariza, Cikgu Hisham, Cikgu Hasyim and Cikgu Nazri kerana telah mencorak-batikkan skills and minda saya seperti sekarang. Jasamu tetap dikenang, cikgu.   😉 Selamat Tahun Baru Cina SELAMAT HARI GURU 2011 saya ucapkan walaupun saya tahu bahawa Hari Guru itu lambat lagi. Haha.   8)

-GM Yusri-

Di antara meja dan major.

•December 2, 2010 • 3 Comments

Nota kaki: Di sini tiada unsur-unsur penjualan meja atau karburator RXZ sama ada secara siaran langsung mahupun siaran ulangan. Jangan kecewa jika anda sedang mencari meja. Klik sahaja di sini.   8)

Emm, major saya International Business Administration dan ini meja study a.k.a meja pejabat saya. Okay, ntah-apa-apa. Haha   😛

Yeah, akan mula berbisnes kembali kurang dari 3 minggu setengah dari sekarang. Dan final juga makin mendekat. Just around the roundabout sahaja lagi. Heh.   😛

Berikut merupakan jadual exam quarter Autumn 2010 mengikut waktu US:

Math 132 -> December 7th, 5.30-7.18pm

Women’s Studies 110 -> December 8th, 9.30-11.18am

Computer Science & Engineering 200 -> December 9th, 1.30-3.18pm

P/s: Oh nenda adinda, tunggu sekejap pabila pelangi berkelip, dan jangan bimbang ragu walaupun siang akan menjelma. Ahhaaa…   8)

-GM Yusri-