Sekian lama terlena.

•November 10, 2011 • 1 Comment

 
Berapa derap tapak bisa dikalkulasi,
Setitik ego berbaur mawar sujud rindu dalam halusinasi,
Tak perlu undur tanpa pisau,
Tak perlu risau dalam risau,
Tak perlu gusar berpaksikan sasau.

Kalian bisa terbang megah bersayapkan kepak bangsawan,
Jangan dilupa kelak cecair hidrogen larut dalam awan,
Tatkala kertas nota bertaburan dalam taman Si Penyair,
Barulah terlambat minyak bergumpal dengan semangkuk air pujaan.

Mari merapat tanpa segan dan tanpa wasangka,
Hilangkan semua larutan pekat prasangka,
Bunyi yang enak bisakan juga terlena,
Bersiram tak basah waima sabun terpampang sendi-sendi Molena.

Aku bukanlah insan yang dibuai dengan argentum ketika kecil,
Sesudah besar juga tiadalah not sepermainan sesaiz raksaksa,
Tapi aku yakin pada Illahi,
Yang berusaha pasti kelak berjumpa dengan cermin mata angkasa,
Tatkala unggas berkicauan dalam segerombolan-
Segerombolan angka yang meniup syahdu dalam fatamorgana ilusi.

P/s: Kemunculan sulung untuk hujung tahun ini. Maaf. Maaf. Maaf. :P

Final Exam.

•March 13, 2011 • 1 Comment

P/s: Pray for me. Esok (waktu US) 14/3/2011, 11.30am paper Food Science and Technology and 16/3/2011, 9.30am paper Business Management 330.  🙂

-GM Yusri-

Asal usul.

•February 18, 2011 • Leave a Comment

INTRO: Post ini tiada kaitan dengan asal usul Parameswara, mahupun Alfonso de Albuquerque. Dan tiada kaitan juga dengan ilmu Usuluddin, mahupun Ilmu kira-kira darjah satu.

My name is Ahmad Yusri Bin Sahadi.

And,

I’m made in KOREA KELANTAN.

P/s: Copied that? Duhh…

-GM Yusri-

Enta habib albi, ya Zawjati.

•January 27, 2011 • 12 Comments

TRANSLATION (ARABIC): You are the love of my heart, my Wife.


SCENE 1: “Ketika ku menatap wajah isteriku, betapa besar rasa maluku, kerana masih banyak kekurangan pada diriku. Dan sungguh banyak kelebihannya, yang mungkin aku tidak akan mampu menandinginya. Seorang wanita yang tegar dan tidak banyak menuntut, kecuali tanggungjawabku sebagai seorang suami, ayah dan imam keluarga. Dia wanita yang ikhlas menerima segala kelemahan dan kekuranganku sebagai seorang suami.”

SCENE 2: “Aku memang bukan lelaki yang sempurna dan dia juga bukan wanita yang sempurna, tetapi Allah telah memilihnya untuk menjadi iron lady ku dan juga ibu kepada anak-anakku. Semoga inilah yang terbaik menurut Yang Maha Penentu Takdir.”

“Wahai Tuhan ku, kurniakan kepada ku isteri dan anak-anak yang menyejukkan mata dan golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang bertakwa.”

…………………………………………………………………………………………….

I love u so much my dear because of Allah.   🙂

P/s: Yeah, sememangnya saya masih belum berkahwin dan masih belum mempunyai isteri walau seorang pon. Ohhoi! Post di atas ditujukan khas untuk bakal isteri yang saya clueless tak tahu siapa, dan sengaja dibuat melangkau masa 3-4 tahun ke hadapan maybe? Or maybe 5-6 tahun? 7 tahun ahead? Itu semua rahsia Allah.. Kalau betul mesin masa Doraemon itu wujud, mungkin saya akan gunakan secara berhemah dan berwawasan untuk men-stalk bagaimana rupa dan kelakuan bakal isteri saya, tapi itu semua hanya imagination liar yang tidak kesampaian. Oh, bersabarlah hati!~   😉

P/s: Yeah, blog ini sudah lari dari skop business nampaknya. Mungkin patut jadi blog jodoh, ataupun blog orang semangat nak kahwin empat awal. Adesh!~   😛

-GM Yusri-

Se terminó el partido.

•January 22, 2011 • 2 Comments

 

-Today is not a good day to give up-

P/s: Arakian ketika bintang sirius empat belas berdiri kaku di eclips malam yang tidak ber-orion, garisan kontur yang berpusing akan mencapah ke petak Andromeda. Marcapada itu, beringatlah bahawa what goes around itu comes around. Selamat tinggal wahai penembak jantung yang tidak berpeluru lurus. Salam…

-GM Yusri-