TRANSLATION (ARABIC): You are the love of my heart, my Wife.

SCENE 1: “Ketika ku menatap wajah isteriku, betapa besar rasa maluku, kerana masih banyak kekurangan pada diriku. Dan sungguh banyak kelebihannya, yang mungkin aku tidak akan mampu menandinginya. Seorang wanita yang tegar dan tidak banyak menuntut, kecuali tanggungjawabku sebagai seorang suami, ayah dan imam keluarga. Dia wanita yang ikhlas menerima segala kelemahan dan kekuranganku sebagai seorang suami.”
SCENE 2: “Aku memang bukan lelaki yang sempurna dan dia juga bukan wanita yang sempurna, tetapi Allah telah memilihnya untuk menjadi iron lady ku dan juga ibu kepada anak-anakku. Semoga inilah yang terbaik menurut Yang Maha Penentu Takdir.”
“Wahai Tuhan ku, kurniakan kepada ku isteri dan anak-anak yang menyejukkan mata dan golongkanlah mereka dalam golongan orang-orang yang bertakwa.”
…………………………………………………………………………………………….
I love u so much my dear because of Allah. 🙂
P/s: Yeah, sememangnya saya masih belum berkahwin dan masih belum mempunyai isteri walau seorang pon. Ohhoi! Post di atas ditujukan khas untuk bakal isteri yang saya clueless tak tahu siapa, dan sengaja dibuat melangkau masa 3-4 tahun ke hadapan maybe? Or maybe 5-6 tahun? 7 tahun ahead? Itu semua rahsia Allah.. Kalau betul mesin masa Doraemon itu wujud, mungkin saya akan gunakan secara berhemah dan berwawasan untuk men-stalk bagaimana rupa dan kelakuan bakal isteri saya, tapi itu semua hanya imagination liar yang tidak kesampaian. Oh, bersabarlah hati!~ 😉
P/s: Yeah, blog ini sudah lari dari skop business nampaknya. Mungkin patut jadi blog jodoh, ataupun blog orang semangat nak kahwin empat awal. Adesh!~ 😛
-GM Yusri-
Posted in Uncategorized