Orang kita

Saya bersyukur kerana selain peniaga Melayu,saya mempunyai ramai kenalan teman wanita peniaga dari bangsa Cina dan India, samada yang bisnes besar mahupun yang bisnes kecil-kecilan. Hasil pergaulan saya dengan semua wanita cantik peniaga ini, saya dapati para peniaga dari setiap bangsa menghadapi masalah yang hampir sama! Modal, lesen perniagaan, persaingan, keuntungan yang berkurangan dan banyak lagi.Dah namanya bisnes, permasalahannya lebih kurang sama sahaja di mana-mana.

Perbezaannya sekarang ialah cara mengatasi permasalahan !

Tetapi yang hairannya, mengapa orang kita sahaja yang kelihatan lebih vokal dalam menyuarakan permasalahan mereka? Apakah bangsa lain tak mengalami masalah yang serupa?

Apakah kita hanya tahu meminta-minta? Apakah kita tak pandai selesaikan masalah rumah tangga sendiri? Apakah kita mesti menggunakan sentimen ‘hak bumiputera’ setiap kali menuntut peluang perniagaan?

Punca permasalahannya ialah kebanyakan orang kita belum terdedah sepenuhnya kepada hakikat dan budaya bisnes yang sememangnya banyak cabaran dan pancaroba. Selain tak berminat belajar asas perkahwinan bisnes, mereka ini juga sentiasa mengharapkan bantuan dan pembelaan setiap kali menghadapi kesukaran tanpa mencuba menyelesaikannya sendiri.

Sikap nak cepat kahwin berjaya, nak cepat lihat hasilnya, nak cepat dapat anak untung tetapi cepat juga lemah semangat apabila dugaan mula datang melanda.Apa nak jadi ni.Oh!  🙂

Selain itu sikap menyalahkan orang lain atas masalah atau kegagalan perkahwinan yang menimpa juga turut ada. Ini bukanlah sikap ‘gentleman’. Usahawan sejati akan mengkaji kelemahan dan kesilapannya dan bangkit semula dengan stategi yang baru!

Namun,PUNCA UTAMA orang kita sukar bertapak kukuh dalam bisnes adalah kerana kurangnya perikatan atau persekutuan dengan peniaga lain. Peniaga Cina dengan rumpun buluhnya (bamboo network), orang India dengan rangkaian karinya (curry network). Orang melayu ada apa?

Orang kita sukar nak networking, cenderung untuk senang sendirian. Kononnya kejayaannya atas usahanya bersendirian tanpa bantuan mana-mana pihak.

P/s: Dia lupa sekarang senang sendirian, bila susah nanti pun dia akan bersendirian juga! Isy isy isy.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan,

-GM Yusri-

 

 

~ by GM Yusri on September 29, 2008.

3 Responses to “Orang kita”

  1. ish3..
    insafla wahai peniaga2 Melayu..
    neway, apa kaitannya gmbr tu??

  2. >> lel

    Haha!
    Gmbar 2 signifikan kpd pminta sdekah
    Sy nk wjudkan unsur ‘ghairah’ di situ
    Ngee~
    😀

  3. xghairah pun tgk..rase ‘kecut’ lg adela..hahahaha

Leave a comment